FAQ

RUANGAN BERSEMBANG
[ Sebarang pertanyaan, sila tinggalkan nombor henfon atau email. ]




Anda juga boleh mendalami kefahaman mengenai Tone Excel ini melalui Facebook Group: Soal Jawab ToneExcel

SOALAN 1: Bagaimana dan dimanakah saya dapat memohon bantuan sekiranya saya ada masalah?


Pertama sekali anda boleh rujuk kepada upline anda, jika mereka tidak dapat membantu anda boleh rujuk kepada mereka di bawah ini.

Untuk panduan, rujukan dan pertanyaan.
HQ Tone Excel
Tel: 010-500 0969
Fax: 03-9054 0278
Email: hq.care@tonegroup.net
Berkenaan:
1. Masalah komisyen dan bonus
2. Simkad tidak boleh digunakan
3. Status keahlian - simkad dah expired
4. Mengenai website Member Area, lupa password, nak reset password.
5. Affiliate page.
6. Penerangan mengenai program ini.

Tune Talk Customer Care
No Contact: 010-500 1333
Berkenaan:
Masalah talian TuneTalk.

Data Entry Center
Nombor Pendaftaran : 014-705 5569
Nombor untuk dihubungi atau bercakap:
03-7773 1454, 03-7773 1464, 011-1508 1515, 011-1509 1515, 011-1512 1515
Waktu Data Entry: Setiap hari dari jam 9 pagi - 11 malam.
Berkenaan:
1. Data Entry Support.
2. Pendaftaran lambat dapat. Jika sudah lebih 1 jam hantar SMS, tetapi masih tak dapat.
3. Tersalah hantar IDP, kalau masih belum key in, masih boleh dibetulkan, kena call cepat.
4.Tersalah hantar IC, kalau masih belum key in, masih boleh dibetulkan, kena call cepat.
5. Nak check status kekal no lama.

SOALAN 2: Katanya jika saya meninggal dunia, komisyen topup bulanan yang saya dapat itu boleh diwariskan, tapi kat mana saya perlu letakkan nama pewaris tu?

Anda login ke dalam www.tonegroup.net dan di situ ada Edit Beneficiary Info

SOALAN 3: Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan di bawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka?
Cara yang mudah adalah masuk ke dalam member area anda
www.tonegroup.net dan klik di Geneology kalau tiada juga, call DEC untuk pengesahan.

SOALAN 4: Saya nak masuk ke dalam website member area saya tapi tak tahu username dan password?

Website member area adalah www.tonegroup.net
Username: Adalah no IC anda, tanpa sengkang, bukan no ID anda.
Password (sementara): 1234 selepas itu tukar kepada password anda sendiri.

SOALAN 5: Saya tersalah letak downline saya semasa menggunakan CARA SMS, terletak bawah orang lain, apa perlu saya lakukan?
Tidak ada apa-apa yang boleh anda lakukan, ini merupakan kesalahan yang tidak boleh dibetulkan. Jadi sebelum SMS pastikan idp adalah betul. Kesilapan meletakkan IDP adalah kesilapan yang tidak boleh dibetulkan. Saya cadangkan anda beritahu mereka untuk mendapatkan simkad yang baru.

SOALAN 6: Saya tersalah IC semasa pendaftaran, apa perlu saya lakukan?
Hantarkan email kepada toneexceldotbiz@gmail.com atau call dahulu abang Ishak di talian 010-525 0856, tanya dia apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu, maklumat apa yang diperlukan.

SOALAN 7: Saya kehilangan simkad, apa perlu saya lakukan?
Dapatkan simkad ganti "replacement card" di Branch/Service Center berhampiran, atau jika nak order secara online sila hubungi Abang Ishak 010-525 0856, nanti dia akan bantu langkah seterusnya.

SOALAN 8: Beberapa hari lepas saya telah registerkan 2 orang di bawah saya, tapi dalam member area, saya hanya dapat satu sahaja fast track bonus iaitu RM20, mana bonus FT saya yang lagi satu ?
Biasanya ToneExcel mengambil masa 2/3 hari untuk update di dalam member area, dan yang keduanya, bila dah dapat reply SMS, tapi tak buat satu SMS ke mana-mana, dengan kata lain, selepas aktifkan simkad, mereka langsung tidak menggunakan simkad tersebut, memang upline dia tak dapat RM20.

SOALAN 9: Encik, saya dah join ToneExcel ini, saya dah buat port in, tapi handphone saya boleh terima panggilan sahaja, tapi tak boleh call keluar, macamana nak settle ya?
Call sahaja HQ 010-500 0969, mereka akan bantu, sebab itu masalah setting untuk handphone anda. Kalau nak minta tolong terus pada Tune Talk pun boleh untuk bab-bab setting seperti ini, call terus mereka 010-500 1333.

SOALAN 10: Dalam Tone Excel ini, ada pangkat-pangkat ke, boleh upgrade, untuk dapat komisyen topup yang lebih?
Ada, di dalam program Tone Excel ini, ia terdapat beberapa pangkat yang boleh kita sertai, semakin tinggi pangkat, semakin tinggilah percent topup yang akan kita perolehi.

1. Junior Center
2. Service center
3. Branch Center

Penerangan tentang pangkat dan cara2 nak upgrade boleh lihat di sini.

SOALAN 11: Saya dulu join RedTone, jadi dalam program ni, boleh tak saya nak kekalkan no RedTone saya?
Boleh apply. Di sini saya sertakan no phone dari telco yang lain yang kita boleh apply untuk kekalkan no lama. Celcom, Digi, Maxis, UMobile, XOX, RedTone, YTLComms dan MTrade.

SOALAN 12: Salam tuan, semalam saya pergi 7-Eleven minta topup Tone Excel, tapi mereka kata tiada topup Tone Excel?

Wsalam tuan, kita minta topup TuneTalk je tuan, tak perlu sebut ToneExcel.

SOALAN 13: Topup Tune Talk ini berapa ringgit yang ada, dan berapa hari boleh tahan?
RM 5 - 5 hari
RM 10 - 10 hari

RM 20 - 20 hari
RM 30 - 50 hari
RM 50 - 75 hari

SOALAN 14: Saya ingin menyertai program ini, tetapi saya tiada
akaun bank sendiri, bolehkah saya menggunakan akaun bank orang lain?
Boleh, anda boleh menggunakan
akaun bank orang lain, tetapi anda perlu mengisi borang ini terlebih dahulu, borang 3rd Party (anda boleh download dengan klik sebelah kanan, dan Save As) kemudian fax kan bersama salinan IC anda dan IC pemegang akaun tersebut, fax ke 03-90540278. atau scankan dan hantar ke hq.care@tonegroup.net

SOALAN 15: Saya cuba masuk ke member area www.tonegroup.net tapi tersalah password, saya lupa password, hingga account saya kena block, apa perlu dilakukan?
Klik di website ToneGroup ini kemudian klik di bahagian “Lost Your Password”, pilih no hp anda yang mana satu untuk menerima password sementara. Senang kata ikut arahan yg diberikan.

SOALAN 16: Dulu saya dah join Tone Excel ini, dah lama tak topup, simkad pun dah expired, tapi saya dulu ada sponsor ramai orang, boleh ke saya aktifkan simkad semula dan dapat balik ID lama saya?

Jawapnya, TIDAK BOLEH. Jika anda ingin sertai semula program ini, beli simkad baru yang berharga RM98.60 dan sertai semula dengan ID yang baru. Mulakan hidup baru di ToneExcel.

SOALAN 17: Dah lama saya tak gunakan Tune Talk, how to reactivate my account. Saya masih ada 8 simcard yg belum di aktifkan, can I still use it.? Thank you
Yes, you can use those 8 simcards, because it has no expiry date. Just simply use Cara Mengaktifkan Simkad Tone Excel.

SOALAN 18: Saya nak kekalkan no lama 012-669X XXX, dah masuk seminggu tak kekal-kekal pun, saya tanya DEC mereka suruh saya pergi sendiri dekat Maxis dan check ini line register atas nama sapa, pasal apa dia orang tak boleh tolong checkkan ke, apa punya service macam ni?
Tuan, DEC tu agen biasa macam tuan jugak, mereka itu bantu buat pendaftaran sahaja dengan saya. Pertama sekali belajar cakap terima kasih tuan, bila orang dah tolong tuan, jangan adab pun kita terlepas pandang.

Apabila mereka tolong applykan no lama tuan, mereka tu hanya orang tengah sahaja tolong hantarkan permohonan tuan ke Maxis, dan malangnya Maxis sudah tolak permohonan itu. Saya sudah check no tuan ini, Maxis kata no itu bukan diregisterkan atas nama tuan, jadi atas nama siapa? Maxis tak akan beritahu kecuali owner nombor tersebut yang tanya. Nombor itu mungkin tuan yang guna, tapi dulu mungkin register atas nama orang lain, mungkin isteri tuan, mungkin adik beradik tuan. Beginilah, katakanlah isteri tuan simpan duit di Amanah Saham Bumiputera (ASB), cuba tuan pergi bank, bawa IC tuan tetapi tuan nak keluarkan duit ASB dari akaun isteri tuan, agak-agak dapat tak? Walau pun tuan mengamuk kat counter tu, kata itu duit isteri saya, saya dah 30 tahun kawin dengan dia, kami sehidup semati, susah senang sama-sama, mesti saya boleh ambil duit dia. Jawapannya TIDAK BOLEH. Itu kata mereka, yang boleh ambil duit tersebut hanyalah isteri tuan, itu pun kalau dia bawa IC dan buku akaun ASB tersebut.
Kalau orang senang-senang nak ambil no lama yang bukan didaftarkan dengan IC sendiri, porak peranda satu Malaysia la tuan, no tuan orang lain ambil, no saya orang lain ambil, no menteri  orang lain ambik, bengong jadiknya.

Kesimpulannya tuan kena pergi sendiri tanya dengan Maxis, no tu sebenarnya register atas nama siapa, itu pun kalau Maxis nak layan tuan, kalau sah register bukan no IC tuan, mereka boleh kata "Awak siapa nak tahu maklumat tentang no orang lain", tuan pun boleh kena halau dengan mereka.

SOALAN 19: Saya nak kekalkan no lama, dah masuk seminggu tak berubah pun, susah la saya macam ni, orang nak hubungi saya pun susah, mereka bukan tahu nombor baru saya, mereka tahu nombor lama saje?
Tuan, cara dia macam ni, bila tuan dah hantar pendaftaran kepada DEC, dan bila dah dapat reply, keluarkan simkad lama tuan, masukkan simkad Tune Talk ke dalam hp tuan dan buat satu SMS ke mana-mana. Lepas tu keluarkan semula simkad TuneTalk tu, dan masukkan balik simkad lama tuan. Jadi mana ada masalah orang nak hubungi tuan. Masa proses pertukaran ini, dua-dua simkad masih boleh pakai, jadi pakailah line lama dulu, kan tiada masalah. Selepas dua hari (paling lama) kalau line lama masih tak bertukar, maknanya permohonan tuan nak pindahkan no lama tu ditolak, jadi kalau nak tahu sebabnya minta bantuan DEC untuk checkkan. Waktu ini kedua simkad masih boleh digunakan, cumanya simkad TuneTalk itu tetap dengan no TuneTalknya, simkad lama anda tetap boleh pakai. Jadi pakailah dua-dua.

SOALAN 20: Saya dah hantar pendaftaran ke DEC, tapi tak ada jawapan pun, dah masuk 2 hari, tadi saya dah check dengan DEC, mereka kata reply SMS hari tu lagi, tapi mereka ok, bantu saya hantar sekali lagi. Cumanya kenapa dia jadi macam tu?
Kesilapan ini sering berlaku. Katalah anda hantar maklumat pendaftaran kepada DEC guna handphone line celcom, belum lagi dapat reply anda sudah keluarkan simkad Celcom tersebut dan masukkan simkad TuneTalk. Mana boleh macam tu, reply akan dihantar kepada handphone yang mula-mula anda hantar maklumat pendaftaran tersebut. Jangan tukar lagi simkad tu, tunggu reply dulu, bila dah dapat, baru masukkan simkad TuneTalk dan buat satu SMS.

SOALAN 21: Boleh ke saya menghantar pendaftaran cara SMS kepada DEC selepas jam 2 pagi?

Boleh, hantar sahaja, mereka akan key-in kan keesokkan harinya.

SOALAN 22: Saya nak kekalkan no lama, tapi no ini adalah no supplimentari (nombor tambahan), boleh ke?
Tidak boleh. No suplimentari tidak boleh dipindahkan. Apa yang perlu anda lakukan, pergi ke center telco lama anda, dah ubah dahulu menjadi line utama, asing-asingkan terlebih dahulu, baru boleh ditukarkan.

SOALAN 23: Saya nak kekalkan no lama, tapi no lama tu line/postpaid, kalau boleh perlu ke saya terminate line tu dulu?

JANGAN TERMINATE line itu dahulu, nanti langsung tak boleh nak kekalkan no lama. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah bayar bil-bil tertunggak jika anda. Itu sahaja. Kemudian barulah gunakan cara SMS untuk kekalkan no lama.

SOALAN 24: Sekiranya kita dapat menaja seorang downline bolehkah kita mendapat bonus fast track dengan meletakkan downline itu di level 2 atau level 3?
Tidak, bonus fast track hanya di level pertama sahaja.

SOALAN 25: Salam, katakan saya sponsor orang lain, adakah dia juga dapat website percuma?
Salam tuan. Dapat. Semua akan dapat web promosi utama tersebut, pergi sahaja ke Cara Dapat Website Promosi Percuma.

SOALAN 26: Boleh ke simkad ini nak guna untuk internet atau smart phone?
Boleh, RM36 untuk 1GB selama sebulan.
Cara nak subscribenya adalah: hantar SMS ke 2222 dengan menaip 1GB
Kalau habis dan nak tambah taip 1GB Add dan hantar ke 2222.
Maklumat lanjut boleh lihat di Pengenalan Member Area dan Ilmu Asas.
Tapi saya cadangkan buat apa nak beli, kan rugi kredit RM36, baik kita topup terus RM30, dapat 1.5 GB percuma.

SOALAN 27: Telco lain ada berikan Aktiv10, maknanya dapat rate special untuk 10 rakan saya, ToneExcel ada ke macam itu?
Tone Excel tiada kemudahan ini. ToneExcel hanya flat rate 28 sen seminit, tiada kos-kos tersembunyi yang lain.

SOALAN 28: Saya baru sertai ToneExcel ini, macam mana nak check baki dengan simkad ni ya?
Tak mengapa, baru pun, asal rajin bertanya, saya akan usaha untuk menjawabnya. Di bawah ini saya senaraikan beberapa perkara asas untuk diketahui dalam penggunaan simkad TuneTalk/ToneExcel ini.
* Untuk top up adalah *122*<16digits># dan Call
* Untuk check baki *133# dan call
* Untuk check baki data internet *134# dan call
* Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3 (Kredit)
* Untuk tambah nilai kredit, pergi ke kedai-kedai yang menjual topup, seperti kedai-kedai biasa, 7Eleven, stesen minyak, dan beli topup Tune Talk, jangan minta topup Tone Excel, mereka tidak akan tahu.
* Anda juga boleh topup kredit airtime anda melalui maybank2u, cimbclick dan kebanyakkan online banking.

SOALAN 29: Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?
Boleh, mereka kena selesaikan bil-bil tertunggak dahulu dan selepas itu anda boleh cuba dengan
Cara Mengaktifkan Simkad Tone Excel. Kalau no lama anda tiba-tiba dah tak boleh pakai lagi, ini bermakna permohonan itu berjaya dan diluluskan, jika selepas 48 jam tak bertukar, maknanya permohonan itu ditolak. Kedua-dua simkad masih boleh digunakan.

SOALAN 30: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan nombor passport mereka. Semasa pendaftaran
Cara Mengaktifkan Simkad Tone Excel, gantikan IC dengan no passport, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki bank account di Malaysia.

SOALAN 31: Bagaimana pula dengan rate panggilan ke luar negara?
Anda boleh menghungi HQ untuk bertanya tentang kadar panggilan ke negara-negara tertentu. Lain negara, lain ratenya, atau anda boleh klik di sini Tone Excel IDD Rates.

SOALAN 32: Orang kata call rate TuneTalk-ToneExcel ni mahal, sampai 28 sen panggilan seminit?
Rate Tone Excel merupakan yang kedua terendah di Malaysia ini, sebab ia tidak ada kos tersembunyi, semua pukul rata 28 sen seminit.

SOALAN 33: Saya pergi ke kedai saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM98.60?
Tune Talk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad Tune Talk yang biasa harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 16 sen seminit dan 5 sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad kita tidak dapat apa-apa komisyen. Itu bezanya.
Tetapi kedua-dua jenis simkad ini, kalau nak topup di kedai, hanya minta top up "TuneTalk" sahaja, jangan minta topup ToneExcel, tiada siapa yang tahu.

SOALAN 34: Saya telah menggunakan simkad Tune Talk biasa yang berharga RM5 di kedai, bolehkah saya ingin mengekalkan nombor  Tune Talk ini kepada SIMKAD Tone Excel saya yang baru, adakah baki kredit dan point yg sudah ada akan hilang?
Boleh. Hanya gunakan
Cara Mengaktifkan Simkad Tone Excel sahaja untuk mengekalkan nombor lama. Baki kredit dan point tidak hilang, dan ia akan dibawa sekali.

SOALAN 35: Saya telah menggunakan simkad Tune Talk biasa yang berharga RM5 di kedai, bolehkah saya ingin menyertai program ini?
Boleh, tetapi anda mesti dapatkan simkad Tone Excel yang berharga RM98.60 ini terlebih dahulu.

SOALAN 36: Bolehkah saya nak sponsor orang lain tetapi pembayaran komisyen terus ke akaun bank saya?

Boleh. Apa yang perlu anda lakukan adalah photostatkan IC anda dan IC ahli tersebut, isikan borang 3rd party (klik sebelah kanan dan Save as utk download borang ini) dan hantarkan ke email hq.care@tonegroup.net atau anda boleh faxkan ketiga-tiganya ke nombor 03-90540278

SOALAN 37: Bagaimana untuk saya mendapatkan satu website percuma untuk saya kembangkannya secara online?

Jika anda ada pengetahuan internet dan komputer, anda boleh memohon untuk memiliki website promosi secara PERCUMA di sini
Cara Dapat Website Promosi Percuma. Ia boleh membantu serba sedikit promosi anda.

SOALAN 38: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya topup jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline, dan bulan tersebut downline anda topup seperti biasa, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika topup anda lebih RM20.

SOALAN 39: Adakah saya kena topup sekaligus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh. Sekaligus pun boleh, sedikit-sedikit pun boleh.

SOALAN 40: Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda sendiri dikehendaki topup paling sedikit RM20 dalam sebulan, tetapi lebih elok kalau anda top up lebih besar dari RM50 kerana sekaligus boleh dapat perlindungan insurans kemalangan. Kalau anda topup RM60 ke atas, komisyen dari group anda, akan dinaikkan, bukan lagi 6,3,11% tetapi ia menjadi 10,3,13% untuk level 1,2 dan 3.

SOALAN 41: Saya pengguna Tune Talk biasa, kalau saya join Tone Excel ini dan nak kekal no lama, point macam mana?
Jika anda kekalkan no Tune Talk biasa ke Tone Excel, point dan juga balance kredit akan berpindah sekali dan kekal.

SOALAN 42: Sendiri topup dapat komisyen tak?

Dapat 3% - 7%.

SOALAN 43: Boleh ke saya buat bisnes ini, kerana saya tak tahu komputer?
Bisnes ini tidak perlu langsung pengetahuan komputer atau internet, asalkan tahu guna handphone dan tahu guna SMS / WhatsApp, sudah cukup.

SOALAN 44: Bolehkah saya jumpa terus untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang program ini?
Boleh, tetapi anda perlu call saya terlebih dahulu. Ambil no phone saya di muka hadapan.

SOALAN 45: Adakah "Bisnes Preview" untuk program ini diadakan di mana-mana?
Ada, HQ ada membuat Bisnes Preview setiap malam Rabu jam 8.30 malam, Ahad jam 2.00 petang di:
Ibu Pejabat Tone Excel
B-G-1, Jalan 3/149E, Taman Sri Indah,
Bangunan Endah Promenade,
Bandar Baru Sri Petaling,
57000 Sri Petaling,
Kuala Lumpur. Tel: 010-500 0969

Untuk di tempat lain, anda kena lihat dahulu senarai Branch yang berhampiran dengan anda (Senarai Branch) kemudian call mereka dan tanya bila mereka buat preview.

SOALAN 46:
1. Saya baru join Tone Excel, saya promote kat orang pastu kalau orang tu ckp "gaji awak bulan lepas berapa" apa nak balas? Saya takde income lagi sebab baru join .

2. Kan harga call dan sms mahal sikit, apa jawapan nak dibalas kalau orang tu ckp kenapa mahal . Selain jawapan "dia mahal sebab Tone Excel dah tawarkan byk kelebihan so kita tak boleh samakan harga "?


Untuk soalan pertama itu, jawap sahaja  "Saya takde income lagi sebab baru join". Seperti orang baru kerja juga, masa mereka mula-mula kerja dahulu, dapat gaji ke? Sebulan kerja, baru dapat gaji. Kalau baru seminggu kerja, mana nak dapat gaji. Jadi kalau tak dapat gaji, mereka tak mahu kerja ke? Jawab saja sejujurnya, kita tak perlu menipu untuk memenang hati pelanggan.

Untuk soalan kedua, call/sms rate satu kajian mengatakan ia kedua terendah di negara kita, average calling rate yang lain adalah 36 sen seminit. ToneExcel tiada average, kerana ia flat rate, hanya 28 sen seminit, itu tak masuk lagi percuma airtime dan data bila kita topup.

Kalau orang cakap mahal, tanya dia, awak bandingkan dengan apa? Katalah dia kata simkad "MACDU" ini murah, tanya dia balik, berapa panggilan seminit, keadaan bagaimana untuk dapat rate sedemikian, bagaimana rate keadaan lain, yang itu siang ke malam, yang itu topup RM5 ke topup RM30? Yang itu rate untuk kredit overdue atau tidak? yang itu rate untuk panggilan sesama mereka atau tidak? Pasti mereka pun tak boleh jawab, sebab mereka pun tak tahu. Kalau tak percaya tuan pergi ke shopping komplek, tanya pada agen-agen penjual simkad ini, dan tanya pasal rate, mereka hanya akan cerita rate yang paling murah sahaja, rate yang paling mahal mereka tak cerita kerana mereka sendiri pun tak tahu. Adakah mereka tahu kadang-kadang charge untuk keadaan tertentu mencecah sehingga 48 sen seminit? Itu dinamakan charge tersembunyi.

Sebab itu telco di dunia termasuk di Malaysia, satu quarter sahaja untung beratus juta ringgit. Tone Excel bayar kepada ahli berpuluh juta ringgit. Sebab itu telco lain sering kena saman kerana kes-kes kos tersembunyi. Tone Excel setakat ini tiada kena saman kerana kos tersembunyi atau kes menipu agen.

Kalau orang jual goreng pisang pada tuan, tuan tanya berapa harga, dia pun jawab, harga bergantung pada keadaan, kalau mood saya baik, lain harga, kalau mood tak baik lain harga, kalau siang lain harga, kalau malam lain harga, kalau saya sihat lain harga, kalau saya demam lain harga, agak-agak tuan beli tak. Ini semua kes orang nak menipu ler. Tone Excel telus tuan, rate tidak akan berubah hanya 28 sen sahaja. Dalam agama, urusan jual beli ini yang sah. ToneExcel tak perlu panel syariah, sebab amalannya sendiri adalah telus untuk akad jual beli.

Buat apa panel syariah, tapi amalan menipu saya sini.

SOALAN 47: Saya nak tanya macam mana nak check port-in sbb saya masih mentah dalam biz Tone talk ni.. boleh bg cara dia tq?

Ada beberapa cara untuk anda check port in status.
1. Call HQ 010-500 0969
2. Call DEC 011-1508 1515
3. Cara SMS, hantar SMS dengan menggunakan no. hp lama yang ingin dikekalkan. Hantar SMS seperti ini: TE PORT hantar ke 2888

SOALAN 48: Saya beli data pakej yg RM36 utk 1GB, saya tengok video utube, napa cepat habis, kata murah?

Kalau tengok video lama-lama, jangan cerita simkad Tone Excel tuan, simkad apa pun kita pakai tentu habis data pakej macam air. Dalam simkad Tone Excel ini, dia ada dua, satu kredit hp dan kedua data internet. Kalau kita guna whatsapp, wechat, facebook, website, maknanya kita guna data internet. Jika data internet habis, automatik ia akan tolak dari kredit hp kita dengan charge 8sen/Mb. Yang itu memang mahal. Jadi saya nasihatkan tuan, tak perlu nak membazir duit dengan menggunakan kredit hp untuk membeli data RM36/1GB, kan sekarang ada promosi topup RM30 dapat 1.5GB percuma. Gunakanlah data percuma tersebut. RM30 tetap ada dalam kredit hp.

Satu lagi selalu cek baki data internet dengan dail *134#
Kalau data internet dah 0 jangan teruskan lagi guna whatsapp/wechat dan sebagainya, kan besar nanti dia tolak. Usahakanlah utk mengisi semula data internet.


SOALAN 49: Nak tanya apa yang akan terjadi bila downline ini mati?



Simkad Simcard TuneTalk Tune Talk ToneExcel Tone Excel ToneExcel2u Level 1 Mati 2017


Tiada apa-apa yang berlaku, downline dia tetap pada kedudukan yang ada sekarang. Kita tetap mendapat komisyen dari topup mereka berdasarkan kedudukannya. Kalau level-2, anda tetap dapat 3%, kalau level-3 anda tetap dapat 11% dari jumlah topup mereka, biar pun upline dia dah tiada lagi. Tiada juga sistem push up.



Klik di sini untuk SOAL JAWAB / FAQ 2


error: Content is protected !!